ナジブ・ラザクさんのインスタグラム写真 - (ナジブ・ラザクInstagram)「Aidiladha mengingatkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan Allah SWT untuk mengorbankan dengan menyembelih anak yang disayanginya, Nabi Ismail AS.   Baginda menerima dan menjunjung perintah Allah SWT. Ketika hendak dikorbankan, tempat Nabi Ismail AS ditukar Allah SWT dan digantikan dengan seekor kibas.  Apakah pengajaran daripada peristiwa ini?  Kepercayaan dan keyakinan akan ketentuan dan perancangan Allah SWT. Kerana pasti ada hikmah di sebalik suruhan buat hamba-Nya, di dunia mahupun di akhirat.  Aidiladha juga mengingatkan kita erti pengorbanan.  'Berkorban' atau 'pengorbanan’ amat mudah dituturkan. Namun, adakah ia mudah untuk dilakukan? Adakah kita redha, berani, bersedia?  Cukupkah kekuatan di hati kita untuk melakukan pengorbanan terhadap harta, perkara atau orang yang kita sayangi?  Dari menjadi Ahli Parlimen dan ADUN, sehinggalah menjadi pemimpin kerajaan.  Dari menjadi ahli biasa parti, sehinggalah menjadi pemimpin parti.  Setiap peringkatnya perlukan pengorbanan besar.  Sebesar pengorbanan memecahkan genggaman kuasa politik di UMNO, kepada pengorbanan menyelesaikan masalah legasi yang diwarisi.  Seluas dasar yang merakyatkan kerajaan dan memberikan segala kemampuan yang ada kepada golongan yang benar-benar memerlukan, semestinya pengorbanan melukakan kroni-kroni mereka yang disayangi.  Seberat tanggungjawab memikul bahtera UMNO dan BN, berjuta-juta ahli dan berjuta-juta rakyat yang diperjuangkan.  Dengan keperluan yang perlu ditampung dan dijamin kelangsungan, dari pusat ke bahagian ke cawangan dan ke akar umbi, yang akhirnya disampaikan jua kepada tangan rakyat, meringankan beban yang ada.  Sehinggalah pengorbanan peribadi - masa dan keluarga dari fajar Subuh hingga ke senja mentari.  Apakah harga pengorbanannya? Apakah balasan pengorbanan yang diterimanya?   Tidak sesekali mengharapkan penghargaan, balasan. Biarpun yang tinggal hanya penghinaan dan penghinaan.  Kerana tanggungjawab dan pengorbanannya dilaksanakan dengan amanah, ikhlas dan ketaatan berlandaskan ajaran Allah SWT.  Ingatlah. Sekecil mana pun pengorbanan, sangat besar nilainya kepada yang memerlukan.  Tenang fikiran saya. Lapang hati saya.  Selamat Hari Raya Aidiladha.」7月30日 23時45分 - najib_razak

ナジブ・ラザクのインスタグラム(najib_razak) - 7月30日 23時45分


Aidiladha mengingatkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan Allah SWT untuk mengorbankan dengan menyembelih anak yang disayanginya, Nabi Ismail AS.

Baginda menerima dan menjunjung perintah Allah SWT. Ketika hendak dikorbankan, tempat Nabi Ismail AS ditukar Allah SWT dan digantikan dengan seekor kibas.

Apakah pengajaran daripada peristiwa ini?

Kepercayaan dan keyakinan akan ketentuan dan perancangan Allah SWT. Kerana pasti ada hikmah di sebalik suruhan buat hamba-Nya, di dunia mahupun di akhirat.

Aidiladha juga mengingatkan kita erti pengorbanan.

'Berkorban' atau 'pengorbanan’ amat mudah dituturkan. Namun, adakah ia mudah untuk dilakukan? Adakah kita redha, berani, bersedia?

Cukupkah kekuatan di hati kita untuk melakukan pengorbanan terhadap harta, perkara atau orang yang kita sayangi?

Dari menjadi Ahli Parlimen dan ADUN, sehinggalah menjadi pemimpin kerajaan.

Dari menjadi ahli biasa parti, sehinggalah menjadi pemimpin parti.

Setiap peringkatnya perlukan pengorbanan besar.

Sebesar pengorbanan memecahkan genggaman kuasa politik di UMNO, kepada pengorbanan menyelesaikan masalah legasi yang diwarisi.

Seluas dasar yang merakyatkan kerajaan dan memberikan segala kemampuan yang ada kepada golongan yang benar-benar memerlukan, semestinya pengorbanan melukakan kroni-kroni mereka yang disayangi.

Seberat tanggungjawab memikul bahtera UMNO dan BN, berjuta-juta ahli dan berjuta-juta rakyat yang diperjuangkan.

Dengan keperluan yang perlu ditampung dan dijamin kelangsungan, dari pusat ke bahagian ke cawangan dan ke akar umbi, yang akhirnya disampaikan jua kepada tangan rakyat, meringankan beban yang ada.

Sehinggalah pengorbanan peribadi - masa dan keluarga dari fajar Subuh hingga ke senja mentari.

Apakah harga pengorbanannya? Apakah balasan pengorbanan yang diterimanya?

Tidak sesekali mengharapkan penghargaan, balasan. Biarpun yang tinggal hanya penghinaan dan penghinaan.

Kerana tanggungjawab dan pengorbanannya dilaksanakan dengan amanah, ikhlas dan ketaatan berlandaskan ajaran Allah SWT.

Ingatlah. Sekecil mana pun pengorbanan, sangat besar nilainya kepada yang memerlukan.

Tenang fikiran saya. Lapang hati saya.

Selamat Hari Raya Aidiladha.


[BIHAKUEN]UVシールド(UVShield)

>> 飲む日焼け止め!「UVシールド」を購入する

95,307

2,823

2020/7/30

ナジブ・ラザクを見た方におすすめの有名人

政治家のおすすめグループ