Koleksi Komik Malaysiaのインスタグラム(tokkmungg_exclusive) - 4月27日 19時36分


#Repost @arham_sketch with @get_repost
・・・
SELFISH | PENTINGKAN DIRI

Mungkin setiap dari kita pernah mengalami situasi di atas. Berlakunya pergaduhan atau perselisihan antara satu sama lain sama ada dalam kalangan adik beradik, kawan-kawan, suami isteri atau dengan sesiapa sahaja yg berada di sekeliling kita. Semuanya kerana kita ingin mempertahankan hak dan pendirian masing-masing.

Namun begitu, janganlah kerana pergaduhan itu, kita sanggup memburuk-burukkan antara satu sama lain sehingga menyebabkan ikatan persaudaraan itu menjadi renggang dan terputus hanya kerana sifat ego kita sendiri.

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Al-Nahl 16:90)

Hargailah orang-orang disekeliling kita dan janganlah kerana satu sahaja sifat buruk mereka, kita melupakan semua kebaikan mereka yang lain. Janganlah apabila mereka sudah tiada lagi disisi kita, barulah kita menyesal atas kelakuan kita.

Berbuat baiklah kpd satu sama dan salinglah mengajak kpd kebaikan. Semoga ikatan persaudaraan kita semua kekal hingga ke syurga.


[BIHAKUEN]UVシールド(UVShield) 更年期に悩んだら

>> 飲む日焼け止め!「UVシールド」を購入する

6,266

99

2018/4/27

Koleksi Komik Malaysiaを見た方におすすめの有名人